SuKa2...
Tuesday, July 13, 2010
Ku Mahu Kau Tahu
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
CintaMU....
Cintamu yang kurasa
Walau tak terucap s'makin dalam
Cintamu t'lah terukir
Di batas cintaku selamanya
Tak pernah ku mencoba
Lepaskan cintamu walau sesaat
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam cintamu
Dan tiada
Yang 'kan memisahkan selamanya
Cintamu yang terlintas
Terbias matamu s'lama ini
Adakah di hatimu
Terbesit satu harapan untukku
'Tuk berjanji selamanya 'kan selalu milikku
Satu cinta........
# Lagu Kenangan..
Walau tak terucap s'makin dalam
Cintamu t'lah terukir
Di batas cintaku selamanya
Tak pernah ku mencoba
Lepaskan cintamu walau sesaat
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam cintamu
Dan tiada
Yang 'kan memisahkan selamanya
Cintamu yang terlintas
Terbias matamu s'lama ini
Adakah di hatimu
Terbesit satu harapan untukku
'Tuk berjanji selamanya 'kan selalu milikku
Satu cinta........
# Lagu Kenangan..
CinTa 5 Tahun
Ak xpenah Rasa Cinta yg agak lama...
Ak terlalu cintakan die...ak pon xtahu npa hati ni xpenah lupakan die..adakah slama ni ak yg bersalah sampai die tinggalkan ak?? ak sndri pon xtahu..mungkin ni dugaan utk ak slama ni yg terlalu berharap dan cintaka seseorg....ak masih ingat lagi dia ckp die xkn tinggalkan ak walau apa pon berlaku tapi itu semua khayalan....ak mmg buta slama ni biarkan dia yg menakluki ak sepenuh nya smpai ak sendri x terkawal....
ak masih ingat lagi lagu yg ak bagi dkt die...CINTAMU...mmg sedih bila ak ingat lagu 2 dan dengar...
Friday, April 24, 2009
Tahi Itik Yg Bleh Di MaKan
Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.
Thursday, April 23, 2009
JaLa Emas
Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.
BuDu....
Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jeman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B 1 (thiamin), vitamin B 2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B 6 dan vitamin B 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B 12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B 12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B 12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B 12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B 12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B 12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
KeroPok Lekor
Keropok lekor merupakan makanan tradisional masyarakat Pantai Timur khususnya Terengganu. Keropok lekor di perbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam. Terdapat juga keropok lekor yang dibuat daripada tepung kanji. Kesemua ramuan tersebut akan diuli dan digentel seperti panjang bertali, sebelum direbus dalam air yang panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan yang berprotien tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun sekiranya hendak di simpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah di balut dengan plastic dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak di makan ianya perlu dibasuh, dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang rangup. Keropok lekor yang di campur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar liat apabila sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas di goreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)