Thursday, April 23, 2009

KeroPok Lekor


Keropok lekor merupakan makanan tradisional masyarakat Pantai Timur khususnya Terengganu. Keropok lekor di perbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam. Terdapat juga keropok lekor yang dibuat daripada tepung kanji. Kesemua ramuan tersebut akan diuli dan digentel seperti panjang bertali, sebelum direbus dalam air yang panas.

 

  Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan yang berprotien tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

 

  Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun sekiranya hendak di simpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah di balut dengan plastic dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak di makan ianya perlu dibasuh, dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam.

 

  Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang rangup. Keropok lekor yang di campur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar liat apabila sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas di goreng.

No comments:

Post a Comment